Saturday, October 19, 2013

jaulah

RI Rayyan, Manipal


Allah Maha Tahu
keperluan hambaNya
walau sehina mana dia
langit pernah minta, untuk diturunkan awan utk hempap sang manusia
bumi pernah mohon, untuk menelan mereka yg konon mengimarahkannya
tapi Tuhan itu Maha Cinta, Maha Kasih
'kalau kamu yg menciptakan manusia, nescaya kamu pon akan menyayangi mereka'

Allahu Rabbi

dan Allah menghantar aku ke sana
di saat longlai dan lesu
di saat tawarnya rasa
bersamanya juga mereka yg penuh dihati dengan habNya

Alhamdulillah

ya Allah, jgn pernah biarkan genggaman ini kulepaskan


<3

mukhliseen


dulu selalu rasa, kenapa aku tak berasa?
dulu selalu terfikir, mana pergi perasaan seronok ketika melakukan jahiliyah? mana perginya perasaan tu tatkala aku mula mengenal Tuhan?

fikir

dalam - dalam


hadiah Allah..Alhamdulillah..Allah pilih untuk menuju Tuhan

kembali
ingat fitrahmu..pandang sekelilingmu
pandang alam yg setia berzikir
pandang semula ke hatimu
pandang terus tepat ke dalamnya
cari di mana sumber ikhlasmu

apa yg kau cari?

murobbi pesan,
kadang2 kita terlalu memikirkan result atau kesan ditengah-tengah perjalanan
kita memandang untuk menenangkan hati
kita meminta untuk wujudnya ukhwah islamiyyah
kita berdoa agar mendapat thiqah orang keliling
kita pohon agar masa depan kita lebih mulia

walhal sebenarnya..

mana impianmu untuk mengejar redhaNya??

mana satu impiannya dan mana satu bonusnya?

mudah..ingat lagi hadith niat??

muhasabah kembali

Friday, June 14, 2013

listen

image
bismilillahirrahmanirrahim
alhamdulillah, belgaum minggu ini minggu menangis.. monsoon da tiba..mulalah datang keluhan-keluhan baju tak kering, kasut basah, seluar kotor, demam selsema sebagainya.itulah manusia. memang sentiasa tak pernah diam hati mengomel. diberi A hendakkan B, disua B harapkan Z. astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah.

"...Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (3:123)

bila rasa enjin dakwah dan tarbiyah ni da berbunyi-bunyi minta dibaiki, daripada terus membaikinya kita sangat tend to fikirkan tentang enjin orang lain..kenapa enjin die tahan lama..kenapa enjin die laju..kenapa enjin die berkilaat je..kenape die kenape mereka..walhal dalam waktu itu enjin kita semakin berkarat dan berkarat..hingga satu saat jadi sangat rapuh dan mungkin jugak bole lebur..nauzubillah

itulah manusia..relakan hati memandang ujian orang lain sebagai nikmat kehidupan sehingga samapi satu saat tu boleh jatuh kufur nikmat.. ya Allah bila di reflect balik dalam 2 minggu ni, Allah asik ingatkan je mengenai masa lalu..masa lalu yg sangat berlumpur, sangat hitam dan gelap..pada masa yang sama Allah hantar orang2 keliling ni utk bagitahu, ujian orang lain lebih berat dari kamu..berhentilah memndang ujian itu hukuman Allah..berlapang dadalah dengan Allah kerana sekurang-kurangnya Allah itu perasan kewujudan manusia bernama saya di bumi..

nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?( surah Arrahman)

dengarlah cerita tarbiyah orang lain..dengarlah puzzle2 yang Allah susun untuk orang lain supaya kamu rasa yang, subhanallah, Maha Suci Allah itu yang sangat mampu buat apa sahaja..dan Arrahim dan Arrahman nya Allah telah memilih kamu menjumpai satu jalan yg sgt suci dan lurus ke arah menuju Dia, jalan DnT. mungkin akan ada yang cakap mcm lah confirm kamu masuk syurga dengan DnT ni..ya x kan pernah pasti ketentuan hidup kita..sampai la kalimat terakhir itu hanya Lailahaillallah..tapi sekurang-kurangnya di jalan ini ana dapat rasa "berusaha keras menuju tuhanmu tu"


"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya)." (84:6)

di jalan inilah ana dapat rasa jejak jejak Rasulullah dan sahabat.. jejak jejak kasih sayang untuk Islam..di jalan inilah ana merasa tanggungjawab itu nikmat bukan membebankan..ye lah kalau nak argue dengan ana memang antunna akan kalah..hehe sebab ana pernah berada dalam sistem di mana ilmu tentang islam itu melimpah ruah..tapi jujur, 'hal' itu tiada..ilmu itu hanya berpusing berlegar legar di kepala..badan beraksi memang kirim salam laa..

maka sabarlah..sabar lah lagi..sabarlah untuk terus bersabar..untuk terus bermujahadah meninggal kekasih gelap mahupun terang..kekasih nyata atau khayalan..kekasih hidup atau pun mati...tinggallah..demi sebuah penghargaan dan kemuliaan dari Allah, yg Maha Mulia..kemuliaan apa lagi yg kita cari selain dari yg Maha Mulia..subhanallah..


"Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini…ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab süci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia? " Syed Qutb, petikan Muqadimmah Fi zilal

naahh apa lagi wahai diri? teguhkanlah imanmu..hidupkan hatimu dengan nama2Nya..basahkan lidahmu dengan mengingati Rasulmu..bersyukurlah kamu dipilih..bersyukurlah Allah nampak kamu yg sedang berlumpur dahulu..dengarlah,lihatlah cerita-cerita makhluk manusia yang lain, nescaya kamu tertunduk malu dengan kisah-kisah tarik tali kamu

T_T

Friday, May 17, 2013

dimana halnya

aku selalu kata, aku tunggu, apa sahaja apa jua tarbiyah yang Allah kehendakkan kepadaku. aku selalu sebut, aku redha Allah tuhanku, Islam agamaku, Muhammad rasulku. adakah ikhlas ibadahku? adakah benar2 redha dan suci cintaku?

2:214

mencari rasa, mencari jiwa, mencari hal..aku tahu ada..di situ, cume terlindung. dakapku ya Allah..aku mahu tsabat..uji aku ya Allah..kerana aku tahu ujianMu tanda kau prihatin ttg kewujudanku

:')

Monday, April 1, 2013

telan

jangan lontar..itu bukan ciri org bertakwa
jgn simpan..kelak nnti jadi dendam, barah mungkin
tapi telan..telanlah semua ujian Allah ni
sebab ujian Allah menandakan Allah perasan dengan kewujudanmu

dunia memang tak adil
suara mereka saja nak didengari
cemuhan mereka saja nk dilontarkan
kutukan mereka saja yg layak disuarakan
kerana itu Allah ciptakan akhirat

Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api" [Hadis Riwayat Tirmidzi]

hey please feel awesome to be part of the hadith. ok say im perasan. but can i make it as my motivation? 



orang beriman itu tidak berdendam, tidak mudah kecil hati, tidak membalas..ingat cerita Rasulullah di Thaif? Allah mulianya Rasulullah..jom laa jadi mcm Rasulullah...kata nk masuk syurga? 

Friday, March 29, 2013

pemula

assalamualaikum..blog baru dicipta bukan utk melupakan yg lama..tp kerana yg lama itu terlalu berlumpur dan hitam utk diisi dengan sesuatu yg sgt suci..semestinya bukan diri inilah yg suci melainkan rahmat dan kasih syg Allah yg da byk sgt Allah limpahkan dan menyelamatkan diri ini dr mungkin jurang neraka atau mungkin juga sudah ada di dlam lombong jahiliyah tanpa sedar. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

tak pernah terlintas untuk melangkah sejauh ini.. tak pernah terduga yg aku tergolong dalam kalangan mereka..tak pernah tergambar dek akal yang cerita aku lebih kurang seperti cerita2 yang penah aku denga ketika awal2 tergolek dalam DnT. Allah... 'nikmat Tuhamnu yg manakah yg kamu dustakan?'

kerdilnya diri ni bila dipilih untuk Allah uji begini..kerana kita memang mengimani bahawa ujian Allah dtg kepada mereka yg Allah sayangi, yg Allah perasan akan kewujudannya. payahnya ya Allah ujian ini..payahnya bagi seorang pemarah untuk menahan lidahnya daripada membalas..payahnya bagi seorang pendebat untuk menahan emosinya apabila ditengking..payahnya bagi seorang yg sensitif untuk menadah telinga mendengar tuduhan tajam..payahnya bagi seorang yg emosi untuk berlagak tenang tatkala dimaki.. ya Allah, kau sedang menguji aku untuk berubah kerana Mu kan? berat..sungguh berat..apabila dikatakan sebagai seorang yg  merosakkan nama baik agama..walhal aku sering menanam niat menjadi pendukung Islamku tercinta.. *berlinang*

tapi..dakwah kita, dakwatunna itu sifatnya berterus terang kan?sabarlah..bila orang menengkingmu kerana pendirianmu untuk memilih untuk meninggalkan sesuatu yg bg mu remeh dan mengejar sesuatu yg lebih buat kamu merasa Allah itu Rahim, Allah itu Rahman..kenapa kamu nak ragu2? sudah terus dan teranglah orang mengatakn kamu sedang berdakwah kerana itu meraka seakan kecewa kita umpama tidak menunjukkan qudwah terbaik? berbahagialah :)

dakwah kita juga suci sifatnya..suci..bukan warna pastel, bukan warna pink..malah lebih suci dr putih..sucinya dakwatunna ini sehinggakan, hinaan mereka juga kita boleh rasa Allah yg membenarkannya..sehingga kita merasakan tidak perlu untuk membalas kerana tahu Allah Maha Mengetahui apa yg kita buat di sana..sucinya dakwatunna ini sampai kita rasa sayangnya Allah dekat hambaNya kerana mengurniakan satu ujian yg sangat hebat, dicaci dan dipulau. dakwah dan tarbiyah memang sangat hebat dan magic kan?

aku masih belajar menelan semuanya..aku masih belajar membuang ego menggantikannya dengan kasih syg..ya Allah mudahkan ye?




love,
me