Friday, June 14, 2013

listen

image
bismilillahirrahmanirrahim
alhamdulillah, belgaum minggu ini minggu menangis.. monsoon da tiba..mulalah datang keluhan-keluhan baju tak kering, kasut basah, seluar kotor, demam selsema sebagainya.itulah manusia. memang sentiasa tak pernah diam hati mengomel. diberi A hendakkan B, disua B harapkan Z. astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah.

"...Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (3:123)

bila rasa enjin dakwah dan tarbiyah ni da berbunyi-bunyi minta dibaiki, daripada terus membaikinya kita sangat tend to fikirkan tentang enjin orang lain..kenapa enjin die tahan lama..kenapa enjin die laju..kenapa enjin die berkilaat je..kenape die kenape mereka..walhal dalam waktu itu enjin kita semakin berkarat dan berkarat..hingga satu saat jadi sangat rapuh dan mungkin jugak bole lebur..nauzubillah

itulah manusia..relakan hati memandang ujian orang lain sebagai nikmat kehidupan sehingga samapi satu saat tu boleh jatuh kufur nikmat.. ya Allah bila di reflect balik dalam 2 minggu ni, Allah asik ingatkan je mengenai masa lalu..masa lalu yg sangat berlumpur, sangat hitam dan gelap..pada masa yang sama Allah hantar orang2 keliling ni utk bagitahu, ujian orang lain lebih berat dari kamu..berhentilah memndang ujian itu hukuman Allah..berlapang dadalah dengan Allah kerana sekurang-kurangnya Allah itu perasan kewujudan manusia bernama saya di bumi..

nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?( surah Arrahman)

dengarlah cerita tarbiyah orang lain..dengarlah puzzle2 yang Allah susun untuk orang lain supaya kamu rasa yang, subhanallah, Maha Suci Allah itu yang sangat mampu buat apa sahaja..dan Arrahim dan Arrahman nya Allah telah memilih kamu menjumpai satu jalan yg sgt suci dan lurus ke arah menuju Dia, jalan DnT. mungkin akan ada yang cakap mcm lah confirm kamu masuk syurga dengan DnT ni..ya x kan pernah pasti ketentuan hidup kita..sampai la kalimat terakhir itu hanya Lailahaillallah..tapi sekurang-kurangnya di jalan ini ana dapat rasa "berusaha keras menuju tuhanmu tu"


"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya)." (84:6)

di jalan inilah ana dapat rasa jejak jejak Rasulullah dan sahabat.. jejak jejak kasih sayang untuk Islam..di jalan inilah ana merasa tanggungjawab itu nikmat bukan membebankan..ye lah kalau nak argue dengan ana memang antunna akan kalah..hehe sebab ana pernah berada dalam sistem di mana ilmu tentang islam itu melimpah ruah..tapi jujur, 'hal' itu tiada..ilmu itu hanya berpusing berlegar legar di kepala..badan beraksi memang kirim salam laa..

maka sabarlah..sabar lah lagi..sabarlah untuk terus bersabar..untuk terus bermujahadah meninggal kekasih gelap mahupun terang..kekasih nyata atau khayalan..kekasih hidup atau pun mati...tinggallah..demi sebuah penghargaan dan kemuliaan dari Allah, yg Maha Mulia..kemuliaan apa lagi yg kita cari selain dari yg Maha Mulia..subhanallah..


"Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini…ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab süci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia? " Syed Qutb, petikan Muqadimmah Fi zilal

naahh apa lagi wahai diri? teguhkanlah imanmu..hidupkan hatimu dengan nama2Nya..basahkan lidahmu dengan mengingati Rasulmu..bersyukurlah kamu dipilih..bersyukurlah Allah nampak kamu yg sedang berlumpur dahulu..dengarlah,lihatlah cerita-cerita makhluk manusia yang lain, nescaya kamu tertunduk malu dengan kisah-kisah tarik tali kamu

T_T

No comments:

Post a Comment